HiDayah tAufik..
Anugerah teragung dari yang maha agung
Hidayah taufik adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali..Hanya dengan hidayah ini, manusia akan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.Tanpa hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firman -Nya yang bermaksud,"Amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan ."(Surah al-saff)
Hidayah taufik boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah Islam dengan bersungguh-sungguh.Walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya.Sedangkan bisa pun boleh tawar apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home