my space for you

All tHE LETTERS arE jUST fOR YoU

Monday, December 7, 2009

No pAiN nO gaIN



Dulu cume sebiji telur...skarang dan jadi ayam...
tu pun satu berubahan jugak...

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melakukan perubahan.Kita perlu keluar daripada "zon selesa"menuju "zon mencabar"keran zon yang mencabar itu lah letaknya kemajuan,perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru untuk mendapat kejayaan yang kita impikan.

Ramai yang gagal dalam usaha mengecapi kejayaan kerana ingin terus berada di zon selesa, walaupun terpaksa menerima ketidaktentuan arah dalam hidup.Untuk merasai kejayaan taraf tinggi,kita mesti berubah.Bukankah hidup ini juga hakikatnya adalah perubahn.Kata bijak pandai, yang tidak perubah hanyalah perubahan.Manusia tidak akan mampu menahan perubahan.Ia mesti berubah..atau dipaksa untuk berubah.Samalah seperti keedaan manusi..Yang pada zahirnya hanyalah sebesar tapak tapak tangan,akhirnya akan berubah menjadi seorang dewasa yang mempunyai pelbagai saiz dan ketinggian.Mereka yangn berubah dengan rela akan berjaya.Manakala yang beubah dengan terpaksa akan gagal.

Maka begitulah juga peraturannya dalam hidup beragama.Menempuh kepahitan, kesedihan dan kesusahan adalah kepastian untuk benar-benar menjadi hamba yang soleh.Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka melakukannya. Ini semua seolah-olah "menyiksa"diri sendiri.Ketika orang lain sedang nyenyak tidur dam melayan mimpi-mimpi indah...mampukah kita bangun semata-mata kerana Allah.?Hamba yang menjawab ya dan benar melakukannya adalah hamba yang diteliti dan di pilih oleh Yang Maha Esa..Maka dia adalah dari golongan hamba yang beruntung.

Buddies semua pasti telah menyimpan sejuta impian dalam diri...skarang fikirkanlah sejenak dari waktu yang anda punya.Adakah impian itu ingin di cambah menjadi satu kenyataan atau sebaliknya..Jika "ya" adalah jawapan anda, maka berubahlah..dan jika "tidak" jawapan anda, maka timbuslah impian itu ke dalam perut bumi yang terbawah.Biarkan ia terus lebur dengan kepanasan suhu yang maksima..dan jadilah anda salah seorang dari mereka yang gagal.




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home