my space for you

All tHE LETTERS arE jUST fOR YoU

Monday, December 7, 2009

GoSip unTUk PeriNGtAN ....

keindahan Islam terukir dalam jiwa umatnya

Anggaplah saya sedang menceritakan suatu kisah sebagai teladan kepada anda melalui artikel ini..Ia merupakan suatu kisah yang benar-benar berlaku satu ketika dahulu..Jadikanlah ia sebagai satu peringatan buat kita semua agar terus berpegang kepada ajaran agama yang satu...IsLam...


Benjamin Stephen...anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.Bukan sedikit ilmu agamanya.Tetapi hari ini,anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi seorang pendakyah Kristian.Seorang penulis sebuah artikel ada berkata,"apabila saya mendengar isi ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khayalak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten dalam ceramah nya.Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak pun membantu Kristian memahami Bible.Sebaliknya hampir keseluruhan ceramahnya berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim.Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek..Nauzubillah..."


Dikisah kan sewaktu lelaki malang ini di zaman persekolahannya, dia dilihat berpewatakan lembut.Oleh itu dia sering diejek , dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli.Pengalaman seperti ini sangat berpontensi untuk membentuk satu pola pemikiran "memberontak"yang luar biasa.Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, dia murtad.Sesuatu yang mungkin tidak dapat disangka oleh senior yang pernah membulinya.


Kata penulis itu lagi,"mendengar ceramah lelaki ini,saya terfikir,adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam,atau sekolah menengah agamanya.?"


Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej2 Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri.Adakah religious skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas lalaki ini, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu?Sebahagian jari yang menuding, mungkin perlu balik pada diri...


Tekaan saya, mungkin ada antara kita berfikir adakah Islam merupakan suatu agama yang sempurna buatnya?Mana tidaknya..ramai mereka yang dahulunya beragama islam telah murtad..Nauzubillah..Hentikanlah pemikiran seperti itu.Itu semua adalah bisikan syaitan semata-mata kearah usaha mereka menarik umat Muhammad ke lembah kehinaan..Ingat lah..mungkin tidak kita sadari bahawa dunia sekarang, ramai manusia yang mula mendapat Hidayah dari Allah.Beribu manusia dari seluruh ceruk dunia, setiap hari telah menyedari akan kesempurnaan Islam dan telah beralih dari agama nenek moyangnya kepada agama Islam..Alhamdulillah...Tidakkah tergolongan orang2 yang murtad itu dalam golongan mereka yang bodoh dan rugi..?Fikir-fikirkanlah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home