my space for you

All tHE LETTERS arE jUST fOR YoU

Monday, December 7, 2009

aDa Sinar DaLam DirI

Jangan tiru aksi ini...Akan mencederakan
otak


Emosi adalah sesuatu yang oleh diuruskan.Rasa pedih dan gelisah mengenangkan dosa adalah sesuatu yang amat diharapkan Kerana itu bermakna dalam diri si Pendosa masih ada secebis iman.Rasa pedih dan gelisah sehingga menekan jiwa ini adalah sesuatu yang boleh di urus dengan baik baik melalui proses yang di arahkan oleh Allah untuk kita laluinya iaitu taubat.

Menerusinya kita akan membersih diri kembali kepada fitrah asal seorang hamba iaitu ketaatan yang menjanjikan ketenangan.Taubat akan membersihkan diri kita sebagaimana sabda NabiS.S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud yang bermaksud:"Orang yang bertaubat daripada dosanya seperti orang yang tidak pernah berdosa."

Tidak hanya dengan itu, stress akibat dosa boleh diuruskan dengan melihat keluasan rahmat Allah yang menjanjikan keampunan, dengan menjaga maruah diri untuk tidak mendedahkan aib sendiri kepada orang lain, dengan tidak mencampuri kehendak kita kepada perhatian Allah dengan perhatian manusia, juga dengan mendapat pedoman dan panduan daripada orang yang alim dan soleh serta dengan membina suasana baru dalam kehidupan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home