my space for you

All tHE LETTERS arE jUST fOR YoU

Wednesday, December 9, 2009

Hati~~emAs berLiaN

Ring AND hEARt

kalau sy tanya pasal hati..apa agak nye jawapan korang..?mesti akan ade antara kita yang dah pun terbayang pink letter yang bau die wangi..sangat,pastu ade bentuk heart dalam tu...tak pun,kicin bentuk love yang pak we dia kasi...tak terkecuali jugak, lukisan bentuk hati(love) atas meja dekat sekolah..Sebenarnya hati adalah sesuatu yang lebih bernilai dari semua tu..Ia merupakan ciptaan yang sangat indah dari Pencipta..Malahan ia benar2 overwhelm with wonder.Mana x nye..cuba kita berpaling pada hakikat sejenak,bukankah nafas yang kita helakan setiap saat ini terikat pada hati..Jika hati mula penat dan bosan akan kehidupan, ia akan berhenti tanpa menunggu arahan dan persetujuan kita..Maka di saat itu..nafas juga akan berputus asa untuk terus bekerja.Natijahnya,kita akan meninggalkan segala kebusukan mahupun keharuman dunia..Betepa kuatnya pengaruh mesin kecil ini, sehingga ia dapat mengcontrol hidup mati kita.Bukan itu sahaja.,hati jugalah yang menciptakan pelbagai perasaan..gembira,sedih,marah dan perasaan yang sukar dibayangkan.Tidak kah kita bertuah dapat merasai kepelbagaian itu...?


Oleh itu kita perlu lah menghargai kehadiran hati.X salah kalau kita menjaganya dengan penuh kasih sayang..x salah juga kalau kita belai ia dengan kalimah Allah, zikir dan ucapan alQuran..dengan ini juga hati akan menjadi lembut..akibatnya....tangan yang ingin mencuri akan terkaku...mulut yang mengumpat akan terdiam...mata yang melihat maksiat pula akan terpejam...Ini semua adalah kerana hati telah menjadi terlalu lembut untuk tersasar dari landasannya agama.

Jagalah juga hati kita dari musuh abstrak iaitu dendam..Ia sememangnya tidak dapat dilihat, tetapi dapat di rasa.Malah perasaan itu begitu ketara.Sehinggakan ia boleh menyakitkan kita tanpa kita sedari...Jika kita terus mengheretnya bersama dalam perjalanan hidup ini..kita tidak akan nampak walau satu curam pun yang ada di jalan lurus yang kita lalui.Dan akhirnya,kita mungkin akan terjunam jauh ke dalam curam itu.Ternyata ia benar2 suatu penyakit yang amat berbahaya..Namun tiada apa yang perlu di khuatiri.Kerana setiap penyakit yang di izinkan Allah itu, pasti di sediakan juga penawar untuknya.Penawar tersebut tidak lah sukar, hanyalah memaafi.

mY PAraDiSe


Ieka:

Wah...nampak x my paradise nie...cantik kan..?Jangan jelesss...

jerky reader:

e'e leh..nak jelessss ape ke bende...berangan lebih.Stakat berangan..aku pun boleh..kera blakang rumah pun..tahu.

Ieka:

Isshh..Bukan berangan la..nie la impian...Idup ni..kene ade impian..Baru lah nanti kite ke depan..x de lah duk tang tu..sampai tua..Macam ketapi..kalu die x de tayar..mesti x sampai ke stesen kan..Haaa..samala idup ....

jerky reader:

Oooo.. e'..?Emm ckp pasal im pi yan kan, nak kawin dengan datuk tu..kira impian ke...?

Ieka:

err..tu.. pikir2 la sendiri eh...

Monday, December 7, 2009

aDa Sinar DaLam DirI

Jangan tiru aksi ini...Akan mencederakan
otak


Emosi adalah sesuatu yang oleh diuruskan.Rasa pedih dan gelisah mengenangkan dosa adalah sesuatu yang amat diharapkan Kerana itu bermakna dalam diri si Pendosa masih ada secebis iman.Rasa pedih dan gelisah sehingga menekan jiwa ini adalah sesuatu yang boleh di urus dengan baik baik melalui proses yang di arahkan oleh Allah untuk kita laluinya iaitu taubat.

Menerusinya kita akan membersih diri kembali kepada fitrah asal seorang hamba iaitu ketaatan yang menjanjikan ketenangan.Taubat akan membersihkan diri kita sebagaimana sabda NabiS.S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud yang bermaksud:"Orang yang bertaubat daripada dosanya seperti orang yang tidak pernah berdosa."

Tidak hanya dengan itu, stress akibat dosa boleh diuruskan dengan melihat keluasan rahmat Allah yang menjanjikan keampunan, dengan menjaga maruah diri untuk tidak mendedahkan aib sendiri kepada orang lain, dengan tidak mencampuri kehendak kita kepada perhatian Allah dengan perhatian manusia, juga dengan mendapat pedoman dan panduan daripada orang yang alim dan soleh serta dengan membina suasana baru dalam kehidupan.

GoSip unTUk PeriNGtAN ....

keindahan Islam terukir dalam jiwa umatnya

Anggaplah saya sedang menceritakan suatu kisah sebagai teladan kepada anda melalui artikel ini..Ia merupakan suatu kisah yang benar-benar berlaku satu ketika dahulu..Jadikanlah ia sebagai satu peringatan buat kita semua agar terus berpegang kepada ajaran agama yang satu...IsLam...


Benjamin Stephen...anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.Bukan sedikit ilmu agamanya.Tetapi hari ini,anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi seorang pendakyah Kristian.Seorang penulis sebuah artikel ada berkata,"apabila saya mendengar isi ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khayalak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten dalam ceramah nya.Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak pun membantu Kristian memahami Bible.Sebaliknya hampir keseluruhan ceramahnya berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim.Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek..Nauzubillah..."


Dikisah kan sewaktu lelaki malang ini di zaman persekolahannya, dia dilihat berpewatakan lembut.Oleh itu dia sering diejek , dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli.Pengalaman seperti ini sangat berpontensi untuk membentuk satu pola pemikiran "memberontak"yang luar biasa.Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, dia murtad.Sesuatu yang mungkin tidak dapat disangka oleh senior yang pernah membulinya.


Kata penulis itu lagi,"mendengar ceramah lelaki ini,saya terfikir,adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam,atau sekolah menengah agamanya.?"


Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej2 Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri.Adakah religious skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas lalaki ini, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu?Sebahagian jari yang menuding, mungkin perlu balik pada diri...


Tekaan saya, mungkin ada antara kita berfikir adakah Islam merupakan suatu agama yang sempurna buatnya?Mana tidaknya..ramai mereka yang dahulunya beragama islam telah murtad..Nauzubillah..Hentikanlah pemikiran seperti itu.Itu semua adalah bisikan syaitan semata-mata kearah usaha mereka menarik umat Muhammad ke lembah kehinaan..Ingat lah..mungkin tidak kita sadari bahawa dunia sekarang, ramai manusia yang mula mendapat Hidayah dari Allah.Beribu manusia dari seluruh ceruk dunia, setiap hari telah menyedari akan kesempurnaan Islam dan telah beralih dari agama nenek moyangnya kepada agama Islam..Alhamdulillah...Tidakkah tergolongan orang2 yang murtad itu dalam golongan mereka yang bodoh dan rugi..?Fikir-fikirkanlah...

No pAiN nO gaIN



Dulu cume sebiji telur...skarang dan jadi ayam...
tu pun satu berubahan jugak...

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melakukan perubahan.Kita perlu keluar daripada "zon selesa"menuju "zon mencabar"keran zon yang mencabar itu lah letaknya kemajuan,perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan.Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru untuk mendapat kejayaan yang kita impikan.

Ramai yang gagal dalam usaha mengecapi kejayaan kerana ingin terus berada di zon selesa, walaupun terpaksa menerima ketidaktentuan arah dalam hidup.Untuk merasai kejayaan taraf tinggi,kita mesti berubah.Bukankah hidup ini juga hakikatnya adalah perubahn.Kata bijak pandai, yang tidak perubah hanyalah perubahan.Manusia tidak akan mampu menahan perubahan.Ia mesti berubah..atau dipaksa untuk berubah.Samalah seperti keedaan manusi..Yang pada zahirnya hanyalah sebesar tapak tapak tangan,akhirnya akan berubah menjadi seorang dewasa yang mempunyai pelbagai saiz dan ketinggian.Mereka yangn berubah dengan rela akan berjaya.Manakala yang beubah dengan terpaksa akan gagal.

Maka begitulah juga peraturannya dalam hidup beragama.Menempuh kepahitan, kesedihan dan kesusahan adalah kepastian untuk benar-benar menjadi hamba yang soleh.Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka melakukannya. Ini semua seolah-olah "menyiksa"diri sendiri.Ketika orang lain sedang nyenyak tidur dam melayan mimpi-mimpi indah...mampukah kita bangun semata-mata kerana Allah.?Hamba yang menjawab ya dan benar melakukannya adalah hamba yang diteliti dan di pilih oleh Yang Maha Esa..Maka dia adalah dari golongan hamba yang beruntung.

Buddies semua pasti telah menyimpan sejuta impian dalam diri...skarang fikirkanlah sejenak dari waktu yang anda punya.Adakah impian itu ingin di cambah menjadi satu kenyataan atau sebaliknya..Jika "ya" adalah jawapan anda, maka berubahlah..dan jika "tidak" jawapan anda, maka timbuslah impian itu ke dalam perut bumi yang terbawah.Biarkan ia terus lebur dengan kepanasan suhu yang maksima..dan jadilah anda salah seorang dari mereka yang gagal.




Sunday, December 6, 2009

HiDayah tAufik..

Anugerah teragung dari yang maha agung


Hidayah taufik adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali..Hanya dengan hidayah ini, manusia akan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.Tanpa hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firman -Nya yang bermaksud,"Amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan ."(Surah al-saff)

Hidayah taufik boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah Islam dengan bersungguh-sungguh.Walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya.Sedangkan bisa pun boleh tawar apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia.

Saturday, December 5, 2009

BoleH bAyangKan x How popular i am...(berangan semata-mata)