my space for you

All tHE LETTERS arE jUST fOR YoU

Tuesday, November 24, 2009

ColoUr yOur Life


Jika saya meminta buddies membayangkan dunia tanpa warna...pasti terbayang di minda anda bahawa dunia ini kelihatan hitam dan mungkin juga kelabu seperti filem zaman Tun Abdul Rahman dahulu..At the same time..pemintaan sy nie menunujukkan yang I'LOST MY MIND.Kenapa agaknya sy berkata demikian..?Biar sy tanya buddies semua.Hitam dan kelabu tu bukan warna ke..?Sy yakin bahawa anda pasti sudah ada jawapannya.Dan kalau x salah,jawapan anda sama dengan apa yang sy fikirkan..Anyway ,.. dalam my space for you ni..sy bukan nak buddies memikirkan bagaimana keadaan dunia tanpa warna sehingga otak terkeluar melalui mata..Langsung tidak.Tapi apa yang sy ingin share bersama anda ialah tentang RahSia WarNA .
  • Merah

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yg mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanna darah dah mempercepatkan pernafasan Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti,perjuangan dan persaingan.

  • Merah Jambu

Warna ini melambangkan romantisme dan feminin.Warna ini mempinyai sifat menunutut dalam kepasrahan, mengemaskan dan jenaka.

  • Biru

Melambangkan ketenangan yang sempurna.Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.Selain itu, penggemar warna ini biasanya bersifat tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung, dan mempunyai ramai kawan. Namun sifat ini adalah buat mereka yang menyukai warna biru tua atau biru gelap..Bagi mereka yang meminati warna biru muda atau biru laut pula, biasanya bersifat keras kepala, teguh, sering bangga diri, berpendirian tetap.

  • Kuning

Warna ini melambangkan kegembiraan.Warna ini mempunyai sifat yang pelbagai seperti L santai, senang menunda-nunda masalah, berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi jati diri.

  • Hijau

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat seperti meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, dan tidak terkecuali juga senang menasihati orang lain.

  • Kelabu

Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

  • Hitam

Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.tidak kurang juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinngi dan semangat yang terus membara dalam setiap apa yang dilakukakannya.Penggemar juga biasanya seorang yang berjiwa kental yang mendorongnya untuk terys berusaha walaupun sudah hampir menemui kekalahan.

  • Coklat

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri seperti suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan

  • Ungu

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

  • Putih

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Haaa....apa macam? Sudah lebih mehami personalitt diri anda atau teman2 tak..kalau ya..baguslah.Tujuan saya berkongsi rahsia warna ini adalah bagai sy memberikan buddies cermin untuk menilik diri anda..selepas tilik ,nilai lah sejauh mana keistimewaan dan kekurangan yang mungkin ada dlm diri . Mungkin bertepatan dengan RahSIA wArna tadi..Jika ada yang kurang, segeralah menukar diri buddies yang lama tu kepada diri yang baru..Yang lebih berkualiti dan lebih berkilat..Selamat BERTUKAR!!

Wednesday, November 11, 2009

otaK=kEreTa

....Ada orang rehat nye banyak dan tidur nya lama,tetapi badannya x cergas.Ada orang rehatnya sedikit dan tidurnya sekejap...je, tapi badannya kuat.pernah tak Buddies semua terfikir mengapa hal ini terjadi..?Sepatutnya orang yang banyak berehat badannya lebih sihat daripada orang yang bekerja kuat dan rehatnya sedikit.Bukankah begitu..?
....Sebenarnya keadaan ni sama dengan ciri2 otak kita.Ramai antara kita menyangka apabila kita terlalu menggunakan otak dalam kegiatan harian ,kita akan mudah sakit kepala, otak akan terdera dan fungsi keberkesanannya akan berkurang.Hakikatnya,pandangan ini hanya mencerminkan kecetetan pemikiran si penyangka.Otak diciptakan oleh Allah dengan begitu ajaib.Buktinya ia akan menjadi lebih lebih efisyen apabila ia makin digunakan.Otak yang lemah pula ialah otak yang terbiar dan amat jarang digunakan.Jika buddies semua masih tidak dapat memahami fakta ini,cuba bayangkan bahawa di depan anda adalah sebuah kereta.Anda pasti tahu bahawa kereta itu juga akan rosak jika enjinnya tidak dihidupkan buat jangka masa yang panjang.Oleh itu jika buddies memilikin kereta,janganlah pila jadikan ia sebagai hiasan dan tatapan mata semata-mata.x kiralah kereta Fiat Punto ke..Mercedes-Benz ke..atau Lamborghini Marchielago sekalipun.
....Akhir kata dari saya, jangan salah faham,artikel ni bukan pasal kereta..tapi bagaimana kita menjaga otak.Gunakanlah ia selalu..Kalau tak nanti otak tu berkarat.susah plak nanti nak kena letak minyak gris...

DaiLY dIAry

what a surprising day...!ari ni famili members aku bertambah la..kucing aku yang Fatso tu dh slim..rupe2 nye dia dah branak..dapat 2 ekor bibi baru...Bila ak balik dari skull,rasa pelik betul bila tengok ebo' tengah baring dalam satu box tepi pintu..Apasal lah ari nie kucing ni nampak baik semacam.la..rupe2nyer tengah kasi bibi dia tu susu...nyam.nyam.nyam..tapi bibi dia tu x macam yang aku imegine lah..Mak die tu comel......sangat.Tapi tup tup keluar anak dia dah macam anak ku bukan anak ku plak.Langsung tak sama dengan ebo'..completely different!! dh la kaler itam.macam mane..bleh itam ni..mak die kan kaler coklat...nie mesti babak die yang itam..apasal la babak die tu tak pakai bedak banyak2 masa nk ngorat kucing aku..kan bibi die dh itam..nasib baik aku nie baik ati..itam ke..merun ke..indigo ke..aku tak kesah..Ooo..hampir lupe plak...kitaorang dh jumpe dh nama yang bes untuk bibi2 baru tu.sekor nama Joen.yang sekor lagi 2 plak nama die Joenna...wah..nie bibi celup ni...Afrika timur dengan Malaysia kut.

Monday, November 2, 2009

SubJect mATTer to talk about ...MonkEy lOve...

Jika kita merupakan antara golongan yang sedang diulik cinta...bertanyalah pada hati, dan jawab lah dengan kemulian akal..dan jika top up adalah jawapannya..itu bermakna kita dibuai oleh cinta monyet..True love pula akan tiba apabila waktunya.ketika itu loceng hati akan berdering,restu jodoh akan terucap dan semua bibir akan t'senyum.
Paling indah apabila ia melengkapkan dirinya dengan keluarbiasaan yang tiada bandingannya.

Love di kalangan teenagers skarang nie dan jadi macam satu trend kan..kalau seseorang tu tak bercouple atau x pernah bercouple,diorang akan di anggap ketinggalan zaman..Tapi bagi seorang insan yang jahil nie..sy berpendapat bahawa diorang yg jadikan cinte sbg keperluan hidup tu lah yg sbenarnya ketinggalan..mane x nye..diorang x sedar ke bahawa manusia2 disekeliling mereka..sedang berpusu-pusu menghambat kemajuan,kemodenan mahupun teknologi.tapi diorang..masih mengejar cinta monyet yang langsung x ade kepentingan tu..Jangan pulak sampai bila manusia lain sudah menggunakan kereta tanpa roda , mereka masih menggunakan kenderaan yang sama dan kuno..Mungkin bagi pendapat mereka,cinta tu ibarat mentari kehidupan.Jika mentari itu, mereka lepaskan ,maka hidup akan menjadi gelap gempite..Tapi bagi saya,cinta tu x ubah hanye sebagai satu bebanan kepada seorang manusia yg bergelar remaja.Cube buddies2 semua membuat satu list tentang tanggungjawab..pasti dalam list tersebut akan tercatat tanggungjawab untuk diri,ibu,bapa,masyarakat dan x kalah juga kepada negara..Adakah semua tanggungjawab ini masih x mencukupi buat kita sehinggakan kita ingin menambah lagi satu..Jika jawapan buddies adalah kite mampu untuk memegang tanggungjawab cinta,anda silap kerana ia akan berubah daripada satu tanggungjawab kepada satu bebanan yang perit untuk kita galas..samada kita sedar atau tidak.Dan jika kita masih memilih untuk memiliki cinta monyet ,maka secara x langsung kita akan melepaskan satu atau lebih tanggungjawab yg lain.Walhal mereka jauh lebih penting dari cinta monyet ini..Mungkin ade antara kita yang masih menyatakan bahawa mereka mampu untuk melaksanakan semua tanggungjawab itu.Di sini lah kita harus kembali kepada yang Maha Pencipta..Kita hanyalah manusia yang hakikatnya penuh dengan kekurangan dan tidak pula mempunyai daya, manakala DIA lah yang Maha sempurna..
"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata-mata,
sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan".
-Al Farabi-
kongsilah isu ini bersama dengan menghantarkan comment anda di My Space For You...

CorEtan sAlam Buat bUdDies


Seindah cahaya pagi yang menyingsing pagi......

Seindah belaian katulistiwa yang memancar.........

Seindah gelora kasih yang bersemayam direlung hati..........

Seindah persahabatan yang hari ini kita jalin.......

Bintang-bintang bersinar gemerlap.........

Rembulan tersenyum dengan indahnya.......

Komet Halley berlintas dengan cemerlang..........

Seindah persahabatan yg hari ini kita rekat........

Ku bersyukur mendapakan engkau buddies....

Ku bersyukur berteman denganmu buddies...

Ku berharap ini tak kan bias..........

Ku berharap ini kan nyata..........

Satu yang ku harapkan darimu buddies.........

Jadikan hidup ini indah dengan kepedulian.........

Kepedulianmu terhadap sekelilingmu.....

Kepedulianmu terhadap temanmu buddies..........



Puisi ini saya sisipkan buat tatapan hati buddies2 di My Space For You..